Rukun Iman

           Berdasarkan penjelasan dalam Al-Qur’an dan hadis tersebut, rukun iman dalam Islam terdiri dari enam pokok ajaran, yaitu:

1.     Iman kepada Allah

Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan dialah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup. Kita tidak boleh memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau Akhirat melainkan keranaNya. Seterusnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Adil dan sebagainya.

2.     Iman kepada malaikat Allah

Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala titah perintahNya. Mereka itulah yang disebut malaikat yang bukan manusia dan bukan binatang. Mereka dicipta daripada cahaya dengan rupa bentuk yang tersendiri, berakal tetapi tidak mempunyai nafsu. Mereka tetap patuh dan tidak sesekali akan menderhakai Allah SWT. Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan, bukan jin dan bukan syaitan. Malaikat yang wajib diketahui:

1.     Jibril a.s : menyampaikan wahyu

2.     Mikail a.s : memberikan rezeki

3.     Israfil a.s : meniup sangkakala

4.     Izrail a.s : mencabut nyawa

5.     Munkar a.s : menanyai alam kubur

6.     Nakir a.s : menanyai alam kubur

7.     Rakib a.s : mencatat amal baik

8.     Atid a.s : mencatat amal buruk

9.     Malik a.s : menjaga pintu neraka

10.  Ridwan a.s : menjaga pintu surga

3.     Iman kepada kitab-kitab Allah

Kitab ialah satu himpunan dasar lengkap untuk segala peraturan dan dasar ketuhanan yang berhubung dengan dunia maupunakhirat, yang berhubung dengan zahir mahupun dengan yang batin.

1.     Taurat : Nabi Musa a.s

2.     ZabuR : Nabi Daud a.s

3.     Injil : Nabi Isa a.s

4.     Al-Quran : Nabi Muhammad SAW

4.     Iman kepada rasul-rasul Allah

Allah SWT mewajibkan atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telas diutuskan olehNya tanpa membeza-membezakan antara seorang rasul dengan yang lain. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 285, maksudnya:

Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) daripada rasul-rasulnya.

Nabi adalah seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah tetapi tidak ditugaskan menyampaikan kepada orang lain.

Rasul adalah seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah dan ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.

Tujuan Allah mengutuskan Rasul adalah untuk mengajak umatnya beribadat kepada Allah dan menegakkan agamaNya

5.     Iman kepada hari akhir

Yakni mempercayai dan meyakini bahwa hari akhir itu pasti ada, dan pasti akan terjadi. Sebagai seorang muslim yang beriman kita harus meyakini bahwa dunia ini hanyalah sementara. Sehingga kita harus mempersiapkan segala bentuk amal ibadah kita untuk bekal kita kelak di yaumul akhir.

6.     Iman kepada takdir (qadar)

Yakni mengimani atas segala hukum dan kepastian serta ketetapan-ketetapan Allah SWT dengan sepenuh hati, baik itu perkara baik maupun buruk, hidup dan mati, karena semua itu datangnya dari Allah SWT dan semua itu telah ditetapkan-Nya sejak zaman azali.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Sumber Akidah dalam Islam

Hubungan Manusia dengan Allah (hablum minallah)

Tujuan Akidah Islam